Assalamualaikum
Mari kita kongsi tips untuk membina keyakinan diri kita menghadapai setiap permasaalhan yang timbul... :)
Membina keyakinan diri amat penting untuk kita menjalani kehidupan seharian. Namun ramai juga antara kita yang kurang berkeyakinan terutamanya bila perlu berdepan dengan sesuatu tugas atau situasi baru yang mencabar atau pernah menemui kegagalan sebelumnya.
Berikut antara tips untuk membina keyakinan diri :
1) Cari keistimewaan diri – Setiap antara kita dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri. Bila kita dapat mengenal pasti keistimewaan yang kita miliki, kita akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan akan wujud satu keberanian dalam diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
2) Positif – selalu berfikir secara positif, agar emosi diri tidak terganggu. Katakan pada diri ‘Aku mampu lakukannya’
3) Letakkan azam untuk berjaya – Dalam apa jua yang kita lakukan, perlu ada azam atau ‘target’. Dengan adanya azam, kita akan lebih fokus dan bersemangat untuk melaksanakan sesuatu hal agar tercapai sasaran.
Yang paling penting sebelum membina keyakinan diri, kita perlu percaya pada diri terlebih dahulu. Selagi kita tak percaya pada diri, memang agak sukar untuk kita melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh yakin
Sumber : .puterikasih.com
# jom kita bina keyakinan diri
Terima kasih kerana membaca entry ini !